Logo MyGov*Net

Perkhidmatan MyGov*Net.PCN

Skop Perkhidmatan

Putrajaya Campus Network (PCN) merupakan perkhidmatan rangkaian kampus persendirian Kerajaan yang khusus dan selamat bagi agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya. Skop perkhidmatan yang ditawarkan adalah rangkaian berwayar, rangkaian tanpa wayar, perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan Metro-E.

Rangkaian Berwayar (Wired)

Perkhidmatan rangkaian berwayar menyambungkan semua bangunan agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya untuk capaian ke Internet dan Intranet. Perkhidmatan ini merangkumi data centre switch, floor switch, building switch, parcel switch dan gateway switch yang melalui talian rangkaian Metro-E.

Rangkaian Tanpa Wayar

Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar atau PCN WiFi memberi kemudahan mobiliti tanpa wayar kepada pengguna agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya untuk mencapai rangkaian Internet dan Intranet. Frekuensi WiFi yang disediakan ialah 2.4 Ghz dan 5 Ghz.

Perkhidmatan Keselamatan

Aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat dilindungi daripada ancaman siber.

Firewall

Menyediakan perkhidmatan firewall di peringkat gerbang Internet PCN untuk mengawal trafik rangkaian keluar masuk dan membenarkan atau menyekat trafik rangkaian berdasarkan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Intrusion Prevention System (IPS)

Menyediakan perkhidmatan IPS di gerbang Internet PCN bagi memeriksa aliran trafik rangkaian untuk mengesan dan menyekat sebarang aktiviti yang mencurigakan berdasarkan signature yang ditetapkan.

Advanced Threat Protection (ATP)

Perkhidmatan yang disediakan di peringkat gerbang Internet PCN bertujuan untuk memantau, mengesan dan menghalang sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Domain Name System Security Extensions (DNSSEC)

Ciri tambahan keselamatan pada infrastruktur DNS untuk menjamin integriti domain. Selain itu, DNSSEC membantu melindungi pengguna daripada dialihkan kepada laman sesawang palsu daripada serangan DNS poisoning dan DNS spoofing.

Content Filtering

Menyediakan perkhidmatan penapisan kandungan (Content Filtering – CF) untuk menapis dan menyekat kandungan laman sesawang yang tidak produktif serta melindungi pengguna daripada ancaman keselamatan siber.

Clean Pipe/Anti-DDoS

Clean pipe merupakan penyelesaian bagi melindungi daripada serangan Distributed Denial of Service (DDoS). Perkhidmatan clean pipe menyekat lalu lintas serangan DDoS sebelum memasuki gerbang Internet PCN.

Perkhidmatan Metro Ethernet (Metro-E)

Keseluruhan rangkaian PCN dihubungkan menggunakan teknologi rangkaian Metro-E melalui pengkabelan gentian optik jarak jauh merentasi semua bangunan Agensi Kerajaan (Parcel dan Presint) di Putrajaya dan Cyberjaya.

Sistem Sokongan

*Capaian dalam MyGov*Net sahaja

Memudahkan pentadbir rangkaian membuat semakan terhadap pengurusan rangkaian serta keselamatan rangkaian di agensi Kerajaan.

CISCO Prime Infrastructure

Sistem pengurusan rangkaian bagi memantau ketersediaan peralatan rangkaian berwayar dan tanpa wayar.

Passler Router Traffic Grapher (PRTG)

Sistem pemantauan infrastruktur rangkaian, jalur lebar serta mengukur tahap Service Level Guarantee (SLG) bagi setiap peralatan rangkaian di dalam PCN.

Stealthwatch

Sistem pengurusan keselamatan bagi memantau trafik rangkaian dan membuat analisis keselamatan secara terperinci. Sistem ini mampu memberi amaran dan notifikasi serta pelaporan terhadap sebarang ancaman keselamatan rangkaian yang dikesan.

Jaminan Tahap Perkhidmatan

Jaminan Tahap Perkhidmatan (SLG) bagi perkhidmatan MyGov*Net.PCN adalah seperti berikut:

*Remark: downtime/bulan