Logo MyGov*Net

Perkhidmatan MyGov*Net.Global

Skop Perkhidmatan

MyGov*Net.Global menyediakan perkhidmatan rangkaian persendirian Kerajaan yang khusus dan selamat untuk agensi Kerajaan di luar negara. Perkhidmatan ini menyatukan rangkaian agensi Kerajaan di dalam bangunan atau lokasi yang sama bagi tujuan memudahkan pengurusan dan pemantauan rangkaian, meningkatkan keselamatan rangkaian dan menjimatkan kos.

Internet Connectivity

Termasuk router dan Bandwidth Optimization

Menyediakan perkhidmatan Internet yang khusus dan selamat bagi agensi Kerajaan di luar negara.

Rangkaian Berwayar dan Tanpa Wayar

Menyediakan perkhidmatan rangkaian berwayar kepada agensi Kerajaan untuk capaian ke Internet dan Intranet. Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar juga disediakan bagi kemudahan mobiliti tanpa wayar. Frekuensi wifi yang disediakan ialah 2.4 Ghz dan 5 Ghz.

Internet Protocol Security (IPSec) Services

Menyediakan perkhidmatan keselamatan data melalui Internet. Data dihantar menerusi VPN dengan cara menyulitkan data dari penghantar ke penerima.

Firewall Services

Menyediakan perkhidmatan firewall untuk mengawal trafik rangkaian keluar masuk dan membenarkan atau menyekat trafik rangkaian berdasarkan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Jaminan Tahap Perkhidmatan

Jaminan Tahap Perkhidmatan (SLG) bagi perkhidmatan MyGov*Net.Global adalah seperti berikut:

*Catatan: downtime/bulan