Tahap Perkhidmatan MyGov*Net semakin baik dan tiada gangguan perkhidmatan dihadapi setakat ini. Khidmat sokongan dan bantuan di lokasi amat memuaskan
Puan Norfarhana Binti Khairi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor
Secara keseluruhan perkhidmatan rangkaian MyGov*Net yang disediakan adalah amat memuaskan. Perkhidmatan online bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dapat dilaksanakan 100%.
Encik Norizan Bin Besar, Timbalan Pengarah Teknikal Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Kami membuat pemantauan talian MyGov*Net dengan menggunakan sistem SAMS dan laporan bulanan kami dijana sepenuhnya melalui sistem SAMS. Ianya amat memudahkan kerja kami.
Encik Muhammad Khairi Abdul Aziz, Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
JAS Negeri Johor amat berpuas hati dengan Perkhidmatan MyGov*Net. Bantuan dan maklumbalas diberikan dengan cepat. Tahniah dan syabas kepada Pasukan Projek MyGov*Net
Puan Umi Devi Raman, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor
Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan dan respon yang cepat ke atas aduan yang dilaporkan. Kerjasama yang baik dengan pihak lain dalam membantu menyelesaikan masalah pelanggan
Puan Nor Azlina Binti Abu Bakar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor
Tindakan yang pantas dalam membantu pihak JKM Negeri Johor menangani serangan virus Ransomware
Puan Suhaili Binti Hassan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor
Talian MyGov*Net yang dibekalkan di setiap stesen JKDM Johor adalah memuaskan dan pihak GITN Negeri Johor memberi respon yang cepat dalam membantu menyelesaikan masalah. Keep up the good work
Puan Nurullaili Binti Mohd Sharif, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor
MyGov*Net yang disediakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membantu dari segi penggunaan sistem aplikasi dalam KKM dan Internet. Ia dapat menyokong fasiliti kesihatan dan perubatan dalam memberi perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan kepada rakyat.
Puan Noorizam Binti Kassim, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Rangkaian Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia