Logo MyGov*Net

MyGov*Net Portal

Skop perkhidmatan MyGov*Net dibahagikan kepada dua (2) iaitu Perkhidmatan Utama atau Main Services dan Perkhidmatan Pilihan atau Optional Services.

Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN)

Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya ialah menyedia, mengoperasi, mengurus, melaksana dan memantau operasi harian rangkaian secara 24x7 kepada agensi-agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya seperti berikut:

  1. Rangkaian Berwayar (Wired)
  2. Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless)
  3. Keselamatan Rangkaian PCN
  4. Perkhidmatan Metro-E
  5. Pengkabelan fiber optik
  6. Sistem sokongan

PERKHIDMATAN MYGOV*NET.EDU

  1. Merupakan salah satu inisiatif dalam memenuhi keperluan rangkaian di Institut Latihan Awam (ILA) dan Institut Pendidikan Kerajaan.
  2. Perkhidmatan MyGov*Net.Edu menawarkan lebar jalur yang lebih besar dengan kapasiti minimum 6Mbps.

PERKIDMATAN MYGOV*NET.GLOBAL

  1. Menyediakan perkhidmatan Rangkaian Persendirian Kerajaan (Government Private Network) yang khusus dan selamat untuk agensi Kerajaan di luar Negara.
  2. Ia juga menggabungkan Perkhidmatan Dalaman (LAN) dan Rangkaian Luas (WAN) atau Internet dalam Kompleks Kedutaan atau Bangunan Canseri bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan sumber dan pertindihan fungsi.

Terdapat empat jenis jaminan tahap perkhidmatan (SLG) bagi perkhidmatan MyGov*Net.

  1. Secured WAN Services SLG 99.9% HA
  2. Secured WAN Services SLG 99.9%
  3. Secured WAN Services SLG 99.7%
  4. Secured WAN Services SLG 97.0%
  5. Secured WAN Services SLG 95.0%

Perkhidmatan MyGov*Net merangkumi agensi-agensi berikut:

  1. Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.
  2. Premis Swasta yang menempatkan Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan.
  3. Jabatan dan agensi Kerajaan di bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan aplikasi persekutuan yang tidak boleh dicapai melalui Internet/integrasi Agensi*Net - MyGov*Net