MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network) yang diuruskan secara berpusat bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. MyGov*Net menyediakan satu platform rangkaian bagi membolehkan capaian kepada aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik, aplikasi dalaman Agensi atau Intranet dan capaian ke Internet. Perkhidmatan MyGov*Net ini disediakan untuk Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.
Rangkaian MyGov*Net dilaksanakan untuk merealisasikan agenda transformasi negara seiring Halatuju Prasarana ICT Negara Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) merupakan penggerak utama program pengurusan dan pembangunan ICT secara holistik bagi Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Bab 7 dalam Rancangan Malaysia ke 10 menyatakan bahawa Kerajaan akan terus memperbaiki produktiviti secara menggabungkan keseluruhan infrastruktur ICT Kerajaan. Ini akan meningkatkan produktiviti, mengurangkan pertindihan dan menambahbaik kecekapan melalui pengurusan dan penyelenggaraan berpusat bagi infrastrutur yang dikongsi bersama.
Satu Pelan Strategik Negara yang menyokong Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2011-2015 telah digubal dengan hasrat untuk memenuhi dasar Rancangan Fizikal Negara ke-36 menerusi penggunaan ICT di semua peringkat Kerajaan dan sektor swasta.
Satu pemudahcara strategik bagi komunikasi ICT di dalam program-program GTP dan ETP telah dikenalpasti dalam sebuah Program Transformasi, yang menggariskan tiga inisiatif utama, iaitu:
Kerajaan telah bersetuju meluluskan penswastaan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan MyGov*Net dilaksanakan melalui kaedah Build-Operate-Own (BOO) secara rundingan terus dengan syarikat GITN Sdn Berhad (GSB).
Satu rangkaian telekomunikasi bersepadu dan selamat untuk sektor awam.
Menerajui transformasi rangkaian ICT sektor awam melalui konsolidasi rangkaian untuk mengoptimumkan sumber dan nilai bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.